RSS

Saturday, January 30, 2010

Adakah ia benar...?

Daripada Tsauban r.a berkata:

Rasullullah s.a.w bersabda:

“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan mengerumuni
kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.”

Maka salah seorang bertanya:

“Apakah kerana kami sedikit ketika itu?”

Nabi s.a.w menjawab:

“Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali tetapi kamu umpama buih di waktu banjir.”

“Dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap musuh-musuh kamu,dan Allah akan

mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’,”

Seorang sahabat bertanya :

“Apakah wahan itu hai Rasullullah?.”

Nabi menjawab:

“Cinta akan dunia dan takut akan mati.”

H.R Abu Daud

Friday, October 16, 2009

PETUA IMAM SYAFIE

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Kalau rajin.... :P Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
Muslim Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Thursday, October 15, 2009

CINTA YANG ABADI

CINTA YANG ABADI

CINTAILAH SESIAPA PUN

ASALKAN CINTA ITU

DAPAT MEMBERI LORONG

SEBAIK-BAIKNYA UNTUK KITA

TERUS MENCINTAI

ALLAH SWT

CINTA YANG HANYA KEPADA ALLAH

AKAN MENJADIKAN KITA LEBIH KHUSYUK DALAM SOLAT

BERTAMBAH PULA IBADAT

DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH SWT

JIKA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH SWT SEMAKIN JAUH

DIRI SEMAKIN LALAI

ITU ERTINYA CINTA NAFSU

JAUHILAH ZINA MATA DAN HATI

YA ALLAH... KURNIAKAN KAMI CINTA-MU

SEBELUM KAMI MENGEMIS CINTA MANUSIA.

'Rahsia kejayaan pejuang agama Allah SWT ialah menundukkan nafsu

yang menguasainya'

Saturday, September 12, 2009

12 WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA

12 WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA

Selain usaha dan tawakal,doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat.Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t.Di antaranya ialah : -

1-Semasa Lailatul-Qadar

2-Ketika hujan turun

3-Ketika memulakan & setelah selesai solat

4-Ketika menghadapi musuh di medan perang

5-Di tengah malan

6-Di antara azan & iqamah

7-Ketika sujud dalam solat

8-Ketika iktidal akhir dalam solat

9-Ketika khatam al-Quran

10-Sepanjang malam,paling utama sepertiga malam & sepertiga akhir(waktu sahur)

11-Di antara waktu zuhur & asar dan antara waktu asar & maghrib

12-Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua
dengan saat Ijabah(diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar
dan terbenam matahari pada hari Jumaat

Thursday, February 19, 2009

( AKU INGIN TIDUR )

Aku ingin tidur

Aku ingin tidur mati

Tidur sampai tidak sedar diri

Tidur lena dibuai mimpi

Aku ingin tidur

Tidur seperti dirimu ummi

Namun tidur umpama mati

Hidup dan mati di tangan ilahi

Aku ingin tidur

Tidur menemuhi ilahi

Namun aku sedar diri

Syurga belum tentu kumliki

Neraka pasti menanti

Ya Ilahi

Matikanlah aku di dalam iman

Monday, February 9, 2009

Kata-kata Hikmah

Kata-kata Hikmah

PERINGATAN UNTUK TEMAN-TEMAN TERMASUK DIRI SAYA

HAFIZ IBNURAH.A. MENULIS DI DALAM KITABNYA AL-MUNABBIHAT BAHAWA :

• Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya maut tetapi ia masih berketawa.

* Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa segala- galanya berlaku mengikut takdirNya tetapi ia masih mencintainya.

* Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa segala- galanya berlaku mengikut takdirNya tetapi ia masih berdukacita di atas kehilangan sesuatu.

* Aku hairan terhadap sikap orang yg mengetahui adanya perhitungan terhadap dirinya tetapi ia masih menimbun-nimbunkan harta kekayaan.

* Aku hairan terhadap sikap orang yg mengetahui bahawa adanya api neraka jahanam tetapi ia masih berani melakukan maksiat.

* Aku hairan terhadap sikap orang yang mengenal zat Allah s.w.t. tetapi ia masih mengingat akan sesuatu yang lain daripadaNya.

* Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui adanya syurga tetapi ia masih mencari kemewahan hidup di dunia ini.

* Aku hairan terhadap sikap orang menganggapkan syaitan itu sebagai musuh tetapi ia masih mentaatinya

- Adakah kita telah berjuang -

- Berusahalah,Insya-Allah kamu berjaya -